Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Pembinaan Masjid Changlun diteruskan, tambah peruntukan RM3.07 juta

Tak pernah pinggirkan mana-mana negeri demi kepentingan rakyat

KUALA LUMPUR, 10 Syawal 1444H, Isnin – Kerajaan bersetuju meneruskan pembinaan Masjid Changlun, Kedah dengan tambahan peruntukan RM3.07 juta, menjadikan keseluruhan kos pembinaan rumah ibadat itu berjumlah RM5.77 juta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, projek itu akan dilaksanakan dengan kadar segera sekali gus dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat untuk mengimarahkan masjid.

“Kerajaan Perpaduan prihatin dan komited dalam memastikan pembangunan yang seimbang antara semua negeri di negara ini,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Anwar turut mengulangi bahawa Kerajaan Perpaduan tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri demi kepentingan rakyat.

“Ini adalah komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menggalas tanggungjawab dengan meletakkan hak rakyat sebagai tunggak utama,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button