Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Takiyuddin sahkan Annuar Musa bakal berjuang dengan PAS

Lebih 20 bekas pemimpin UMNO nyata hasrat sertai PN

BANGI, 10 Syawal 1444H, Isnin – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa bakal menyertai PAS, kata Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

“Annuar ada maklumkan baru-baru ini untuk sertai PAS.

“Kita juga terima banyak permintaan daripada bekas-bekas pemimpin UMNO untuk sertai PN (Perikatan Nasional),” kata Takiyuddin.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PAS berkata, terdapat lebih 20 bekas pemimpin UMNO berhasrat untuk menyertai PN.

“Mereka boleh sertai mana-mana parti dalam PN, sama ada PAS atau Bersatu.

“Kita tiada halangan untuk pertimbang kemasukan mereka memandangkan tawaran dibuat kepada semua bekas pemimpin UMNO, termasuk Khairy Jamaluddin,” katanya seperti dipetik Berita Harian (BH), hari ini.

Ahli Parlimen Kota Bharu menjelaskan, buat masa pihaknya mahu memberi penumpuan kepada isu kemasukan terlebih dahulu sebelum memberi penumpuan kepada kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Proses pertama adalah kemasukan mereka dalam PN sama ada mereka akan diberi kerusi (pada PRN) adalah proses kedua.

“Bagaimanapun saya pasti akan ada dalam kalangan mereka akan diberikan kerusi untuk bertanding PRN nanti,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button