Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Artikel Khas

Terlalu jahil bandingkan isu ‘kasino’ dengan negara Islam lain

Sejak bila arak, judi, zina dan pusat hiburan jadi hak bukan Islam?

MEMBANDINGKAN kasino ada negara Arab bagi menjustifikasikan perlu ada lagi kasino di Malaysia adalah hujah yang paling bodoh dan jahil.

Ya Allah selamatkanlah negara ini dari sebarang malapetaka.

Pemimpin tua ultra kiasu adalah antara yang paling jahil. Kita ingatkah semakin tua jadi semakin matang, tetapi berlaku sebaliknya. Apakah ini tanda ketua ultra kiasu ini dah nyanyuk.

Orang bijak akan sentiasa memikir kesan sosial yang akan dibawa oleh judi kasino. Bukan membandingkan dengan negara Arab.

Islam adalah Islam. Contoh Islam, bukan di negara Arab, tetapi di mana-mana sahaja yang beramal dengan Islam.

Dalam kata lain, contoh Islam berada di mana-mana, bukan hanya dirujuk kepada Timur Tengah atau negara Arab, walaupun tidak dinafikan Islam lahir di sana.

Tidak perlu terkejut jika kasino ada di Lubnan, Mesir, UAE, hatta selepas ini, Arab Saudi sekalipun, sebagai mana yang dihujahkan bapa ultra kiasu nyanyuk.

Rujukan Islam bukan di Timur Tengah.

Rujukan Islam, adalah mereka atau tempat yang beramal dengan Islam, bukan negara Arab.

Jika nak bawa contoh pun negara Arab. Contohilah Qatar, baru betul, bukan Saudi, Mesir, Lubnan atau UAE

Qatar berjaya menjadikan bola sepak yang menjadi symbol maksiat menjadi symbol dakwah ketika FIFA November 2022.

Terlalu bodoh dan jahil, membandingkan dengan negara Islam yang lain, bagi menjustifikasikan pembinaan lebih banyak kasino di Malaysia (Sarawak).

Sejak bila arak, judi, zina dan pusat hiburan menjadi hak bukan Islam? Sejak bila agama bukan Islam menggalakkan? Hujahkan daripada kitab-kitab agama mereka, bukan hanya bercakap ia adalah hak.

Jika hak ini yang dihujahkan tanpa merujuk kepada kitab, semua akan jadi boleh, manusia akan jadi lebih teruk daripada binatang.

Mana tidaknya, jantan berkawin dengan jantan, betina dengan betina.

Jika ada agama bukan Islam yang menggalakkan. Hina sungguh agama ini? Agama mereka menggalakkan perkara yang tidak baik. Sedangkan semua tahu, tidak ada agama yang menggalakkan arak judi zina dan lain -lain.

Ajaran agama Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain terang-terang menolak judi dan kasino?

Cuba tanya agama mereka, adakah agama mereka membenarkan itu semua?

Jadi, kenapa kita selalu menggunakan hujah bodoh, mengatakan ia hak bukan Islam?

Bukankah agama mereka turut mengharamkan semua perkara tersebut?

Saya harap pemimpin negara ini, terutama yang beragama Islam, berhentikan bercakap benda yang bodoh. bertaubatlah sebelum terlambat.

Semua maksiat ini adalah agenda Barat atas nama hak asasi manusia, untuk merosakkan orang yang mahukan kepada agama. Lebih-lebih lagi agama Islam.

Berhentilah berkata, judi kasino ini hak bukan Islam.

Hujah ini terlalu bodoh dan naif serta jahil.

Jika tidak percaya pergi ke gereja, kuil Hindu dan tokong, tanya ketua agama mereka, adakah semua perkara tersebut dibenarkan dalam agama mereka.

Jika mereka kata ya, maka saya akan berkata, hina sungguh mereka dalam memahami ajaran dan kandungan agama mereka.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button