Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

39 kes cedera akibat mercun di Kelantan

Babitkan golongan kanak-kanak berusia antara 9 dan 10 tahun

KOTA BHARU, 12 Syawal 1444H, Rabu – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah merekodkan 39 kes kecederaan akibat terkena mercun sejak 25 Mac lepas sehingga hari ini.

Pengarahnya Datuk Dr Zaini Hussin berkata, daripada jumlah itu, 10 kes dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) manakala sembilan di Hospital Tanah Merah.

Katanya, masing-masing sebanyak empat kes dirawat di Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh, Hospital Gua Musang, Hospital Sultan Ismail Petra di Kuala Krai selain dua kes di Hospital Tumpat, Hospital Machang (dua), Hospital Jeli (tiga) dan satu kes di Hospital Pasir Mas.

“Daripada jumlah itu, dua kes telah dirujuk kepada hospital berpakar kerana mengalami kecederaan yang serius selain 14 mangsa pula dirawat sebagai pesakit luar kerana kecederaan tidak serius.

“Sebanyak 23 kes telah dimasukkan ke dalam wad untuk mendapatkan rawatan lanjut dan memerlukan pemantauan daripada doktor dan petugas,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Dr Zaini berkata majoriti kes kecederaan akibat mercun yang berlaku di negeri ini membabitkan golongan kanak-kanak berusia antara sembilan dan 10 tahun.

“JKNK memandang serius terhadap peningkatan insiden kecederaan akibat bermain mercun di negeri ini dan menasihati orang ramai terutamanya ibu bapa mengawasi anak-anak sekali gus agar tidak bermain mercun,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button