Berita Utama

Agong, Raja Permaisuri hadir pertabalan Raja Charles III di London

Zahirkan hubungan erat kedua-dua negara di peringkat pemerintahan tertinggi

BANGI, 12 Syawal 1444H, Rabu – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan untuk mengadakan lawatan ke London, United Kingdom (UK) bagi memenuhi jemputan Raja Charles III.

Seri Paduka bakal menghadiri Majlis Resepsi di Istana Buckingham pada 5 Mei serta upacara pertabalan di Westminster Abbey pada 6 Mei ini.

Kementerian Luar Negeri menerusi satu kenyataan berkata, Lawatan Khas tersebut bermula dari 3 hingga 14 Mei.

“Lawatan khas ini amat signifikan di dalam konteks menyatukan hubungan sedia ada dan akrab yang dikongsi di antara Malaysia dan United Kingdom, terutama di antara institusi diraja kedua-dua negara serta ikatan dalam Komanwel.

“Lawatan Khas ini turut menzahirkan kepentingan hubungan erat di antara kedua-dua negara bekerjasama dalam pelbagai bidang yang disokong di peringkat pemerintahan tertinggi negara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button