Bangladesh mahu pekerja asing manfaat e-visa Arab Saudi
Kemudahan untuk pelancong di 50 buah negara lain

DHAKA, 12 Syawal 1444H, Rabu – Bangladesh berharap visa elektronik yang diperkenalkan Arab Saudi turut memberi manfaat kepada pekerja asing, kata seorang pegawai biro eksport, sehari selepas inisiatif berkenaan dilancarkan di Dhaka.
Duta Arab Saudi ke Bangladesh, Issa Yousef Al-Duhailan melancarkan visa elektronik kepada pekerja, penduduk dan lawatan kepada penduduk Bangladesh dengan tujuan memudahkan proses kepada penduduk negara Asia Selatan tersebut.
Katanya, Bangladesh merupakan negara pertama yang memiliki perkhidmatan berkenaan dan kemudahan e-visa Arab Saudi juga dibuka kepada pelancong daripada lebih 50 buah negara.
Namun di Bangladesh perkhidmatan sebelum ini hanya digunakan untuk mengerjakan ibadat Umrah sahaja.
Sementara itu Pengarah Biro Tenaga Kerja dan Latihan, Shahidul Alam berkata, Bangladesh negara pertama yang mengambil peluang untuk menggunakan perkhidmatan e-visa kepada warga asing.
Inisiatif yang dilancarkan sempena Hari Pekerja, 1 Mei diyakini akan memberi jaminan dan perlindungan kepada semua warga asing Bangladesh.
Tahun lalu, lebih 610,000 rakyat Bangladesh berhijrah di Arab Saudi menjadikan lebih daripada separuh warga asing di Arab terdiri adalah rakyat Bangladesh. – Agensi