Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Konflik Sudan: Lebih 430,000 jadi pelarian

800,000 orang mungkin lari ke negara jiran jika terus bergolak

GENEVA, 12 Syawal 1444H, Rabu – Lebih 330,000 orang kehilangan tempat tinggal dan 100,000 yang lain melarikan diri melalui sempadan berikutan konflik berdarah di Sudan, dedah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Menurut laporan situasi oleh Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) PBB, anggaran jumlah individu yang dipindahkan di seluruh Sudan mencecah 334,053.

Jurucakap Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian (UNHCR), Olga Sarrado melaporkan bahawa lebih 100,000 pelarian dianggarkan melarikan diri ke negara jiran, termasuk pelarian Sudan, warga Sudan Selatan yang pulang ke rumah lebih awal, serta pelarian lain yang berada di negara tersebut.

Jurucakap IOM, Paul Dillon, juga memberitahu bahawa kira-kira 72 peratus, iaitu 240,000 daripada anjakan dalaman baharu ini dilaporkan di Darfur Barat dan Selatan sahaja.

Beliau menekankan bahawa jumlah orang yang dipindahkan dalam dua minggu lepas sejak pertempuran meletus antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) kini melebihi semua perpindahan di Sudan pada 2022.

Pihak lawan bersedia untuk berbincang di Arab Saudi dalam usaha menyelesaikan krisis, tetapi ketika konflik terus berlarutan, UNHCR telah menganggarkan lebih 800,000 orang berpotensi melarikan diri ke negara jiran jika resolusi sedemikian tidak dicapai. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button