Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Hampir 17,000 tan bekalan makanan Sudan dirompak

PBB bekerjasama dengan pihak berkuasa pindah bekalan makanan ke tempat lebih selamat

GENEVA, 13 Syawal 1444H, Khamis – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan bahawa hampir 17,000 tan metrik (18,700 tan) makanan dirompak di Sudan.

Negara Afrika tersebut diselubungi keganasan selama berminggu-minggu dengan pertempuran antara tentera dan kumpulan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF).

Program Makanan Sedunia (WFP) mempunyai lebih 80,000 tan metrik makanan di Sudan sebelum pertempuran meletus pada 15 April.

Penyelaras situasi utama di Darfur untuk agensi pelarian PBB, Toby Harward berkata, pasukan tidak terkawal, militia, penyamun dan penjenayah adalah dalang di sebalik rompakan makanan itu.

Harward berkata, PBB sedang berhubung dengan pihak berkuasa untuk memindahkan bekalan ke kawasan yang lebih selamat.

“Saya yakin kami akan menyelamatkan apa sahaja yang kami mampu, melalui krisis kemanusiaan ini, pengukuhan kapasiti kedaulatan undang-undang di Sudan khususnya di Darfur menjadi sangat penting,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button