Berita Utama
Gempa bumi kuat gegarkan Jepun
Tiada ancaman tsunami meski gegaran 6.3 magnitud direkodkan

ISTANBUL, 14 Syawal 1444H, Jumaat – Gempa bumi kuat menggegarkan Jepun pada Jumaat, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Gempa bumi dengan magnitud 6.2 berhampiran pantai barat pulau Honshu melanda negara itu kira-kira 2.42 petang, lapor Agensi Anadolu memetik USGS.
Bagaimanapun, Agensi Meteorologi Jepun dalam satu kenyataan berkata, magnitud gempa bumi itu adalah 6.3 yang menggegarkan wilayah Ishikawa dan kawasan sekitar tengah Jepun, lapor Kyodo News.
Tambah agensi cuaca itu, tiada ancaman tsunami akibat gempa berkenaan.- Bernama
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.