Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Mangsa gempa bumi masih berlindung di pusat sementara

Kes kematian meningkat mendadak akibat cirit-birit, selesema

ANKARA, 14 Syawal 1444H, Jumaat – Walaupun sudah tiga bulan kejadian gempa bumi dahsyat melanda selatan Turkiye dan Syria, ribuan mangsa yang terkesan bencana itu masih lagi tinggal di pusat perlindungan sementara sehingga kini.

Di Syria, tempat perlindungan sementara di tiga bandar menempatkan kira-kira 44,200 penduduk, menurut laporan agensi bantuan.

Kebanyakan mereka menjadikan sekolah sebagai pusat perlindungan berikutan tidak berlaku sebarang kerosakan, namun keadaan itu menyebabkan murid tidak dapat meneruskan sesi persekolahan.

Malah, menjalani kehidupan dalam keadaan sesak dan tidak sihat menyebabkan peningkatan mendadak kepada kes kematian akibat cirit-birit serta selesema.

Gempa yang berlaku pada awal Februari lalu diikuti dengan beberapa gempa susulan telah mengorbankan kira-kira 55,000 penduduk, selain menyebabkan ribuan mengalami kecederaan dan kehilangan tempat tinggal.

Di Syria pula, penduduk berdepan dengan peningkatan harga makanan sehingga 121 peratus tahun lalu, selain banyak kemudahan terutama membabitkan kemudahan perubatan musnah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button