Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Artikel Khas

Patut audit dahulu sebelum beri dana, berapa banyak wang SMPC ada

Sudahlah dibantu, dasar dan kurikulum tak nak ikut

SEBELUM terus bantu Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) audit dahulu berapa banyak duit yang dia ada.

Kalau satu PIBG SJKC, sekolah bantuan penuh kerajaan, baki tahunan dalam akaun PIBG mereka ada yang berjuta-juta, inikan pula SMPC yang berniaga dalam sektor Pendidikan. Di tambah SMPC mengutip yuran, menerima banyak sumbangan dan derma daripada luar.

Dengan peruntukan bantuan kerajaan, bertambah mewahlah SMPC ini.

Saya sarankan kerajaan, sebelum beri peruntukan, buatlah audit dan lawatan ke SMPC, lihatlah betapa mewahnya sekolah ini. Jauh bezanya dengan aliran kebangsaan. Kenapa perlu dibantu lagi.

Kalau dibandingkan dengan sekolah berasrama penuh pun, SMPC jauh lebih hebat lagi. Kedudukan kewangan mereka begitu kukuh.

Kenapa kerajaan mesti bantu lagi institusi elit yang mewah ini.

Jangan pergi lebih jauh, buatlah audit ke atas Dong Zong dan Jiao Zong yang mengendalikan SMPC ini, mempunyai bangunan sendiri yang begitu mewah di Kajang, tidak termasuk lagi di setiap negeri.

Begitulah hebatnya NGO-NGO ini dapat mendapatkan bantuan dan sumbangan daripada dermawan Cina. Ini tidak termasuk lagi, Kolej Universiti, yang tidak lama lagi akan menjadi Universiti penuh, juga di bawa NGO yang sama.

Jika NGO ini miskin, mana mungkin mereka begitu berani membuka SMPC, Kolej Universiti dan tidak lama menjadi Universiti penuh. Kerajaan juga yang luluskan.

Berbanding dengan NGO-NGO Melayu yang asyik bergaduh, kolej dan universiti apa yang kita ada.

Kita tidak mahu mengambil pengajaran, asyik menuding diri dan tidak pernah mahu bersatu. Malah, dalam sektor yang sebegini kritikal, kita masih tidak bersatu hati.

Lagi pelik, SMPC inilah yang membuat keputusan untuk keluar daripada sistem Pendidikan kebangsaan, tidak mahu diserapkan sebagai Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC), apabila kerajaan bertindak mahu menyeragamkan sistem Pendidikan negara.

Lebih-lebih pelik, mereka telah mengambil keputusan untuk menjadi institusi Pendidikan swasta, tidak mahu diserapkan dalam Pendidikan kebangsaan. Mereka langsung tiada hak untuk dibantu. Apatah lagi kedudukan kewangan mereka sangat kukuh. Buatlah audit.

Jika sekolah ini membantu pembinaan negara bangsa, tidak mengapa juga. Masalahnya, sudah silibus mereka berbeza, mereka tentukan sendiri, penguasaan bahasa Melayu mereka berada pada tahap paling rendah.

Subjek sejarah SMPC tidak membincangkan asal-usul negara ini berasaskan kepada sistem kenegaraan Melayu. Manakala, subjek bahasa Melayu mereka, levelnya jauh lebih mudah daripada peringkat pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sama seperti subjek bahasa Melayu di SJKC, levelnya bahasa Melayu pada tahun tahun 3-4 sahaja sekolah kebangsaan.

Dalam sebuah negara yang sama, kita mempunyai level Pendidikan yang berbeza. Pelajar SJKC dan SMPC tidak boleh disusahkan dengan sejarah Tanah Melayu dan bahasa Melayu yang susah kerana ia akan mengambil masa bagi tujuan penumpuan subjek bahasa.

Dalam kata lain, apa jua subjek dalam bahasa Melayu, termasuk sejarah, dianggap tidak penting dan menyusahkan pelajar Cina. Penumpuan terhadap dua subjek ini akan menjejaskan penguasaan mereka dalam bahasa Cina.

Masalahnya kita terus membantu sekolah sebegini, yang tidak berperlembagaan, berbanding sekolah berperlembagaan, seperti Sekolah Agama.

Sedangkan sekolah ini tidak membantu dalam pembinaan negara bangsa.

Sehingga ke hari ini kita ada 63 buah SMPC dan tahun ini mereka mendapat peruntukan RM15.75 juta

Manakala, sekolah agama seperti sekolah tahfiz dan institusi pondol hanya mendapat RM150 juta.

Sedangkan semua tahu bahawa RM150 juta yang diperuntukkan bagi 1,276 sekolah berdasarkan institusi sekolah agama berdaftar, bermakna setiap satu sekolah hanya mendapat RM117,500 sahaja.

Manakala, peruntukan RM15.75 juta bagi SMPC itu diagihkan kepada 63 sekolah dengan setiap sekolah mendapat bantuan RM250,000.

Bandingkan, betapa besarnya peruntukan sekolah tidak berperlembagaan dapat, berbanding sekolah berperlembagaan.

Atas nama kemarukkan undi, kita pun terus bantu semua sekolah ini, kononnya kita ini, unity in diversity.

Sudahlah dibantu, dasar dan kurikulum tidak diikuti. Akhirnya, berapa ramai yang tidak dapat menguasai agenda hidup bernegara.

Penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sangat lemah.

Jika tidak percaya, cuba tonton dan dengar kata-kata ahli Parlimen ultra kiasu dalam Dewan Rakyat dan DUN setiap negeri, terutama, Timbalan Speaker Dewan Rakyat dan Timbalan Speaker DUN Perak.

Sebab itu, sangat teruja membawa berita mengenai pensyarah bahasa Jepun yang tinggal di negara tercinta ini, mengambil masa hanya dua tahun untuk menguasai bahasa Melayu dengan amat baik.

Natsue Hieda, 45, kini mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan fasih.

Wanita berasal dari Toyama, Jepun itu mengakui dari sudut linguistik, bahasa Melayu mempunyai tatabahasa dan kosa kata yang agak mudah berbanding bahasa lain.

Beliau turut berpendapat, bahasa kebangsaan Malaysia itu merupakan antara bahasa yang mudah dipelajari oleh penutur bukan asli.

Cuba banding dengan rakyat Malaysia yang tinggal bergenerasi di sini, berapa ramai yang boleh bertutur dengan fasih?

Bandingkan, terutamanya dengan ahli parlimen, DUN dan pemimpin bukan Melayu di sini. Inilah hasil SJKC dan SPC UEC.

Paling menyedihkan apabila timbalan speaker dewan rakyat bercakap, begitu juga dengan timbalan speaker DUN Perak.

Perkataan  “perkara” menjadi “kepala”.

Kalau tak percaya, cuba dengar dan perhati baik-baik apabila timbalan speaker mengangkat sumpah dan bercakap.

Sila dodok, merujuk kepada sila duduk.

“Perkara” menjadi “kepala”.

Itu pemimpin mereka. Pengikut tak tahulah macam mana.

Bandingkan dengan pensyarah Jepun, Hieda, berkata bunyi bahasa Melayu juga lebih mudah disebutkan oleh orang Jepun, berbanding bahasa Inggeris.

Hieda memberitahu, persekitarannya yang cenderung menggunakan bahasa Melayu membantunya meningkatkan kemahiran menguasai bahasa tersebut.

Hieda yang kini mengajar di kampus Malaysia, University of Tsukuba sebelum ini pernah menterjemah buku bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berjudul, Dr M: Apa Habaq Orang Muda? ke dalam bahasa Jepun.

Persoalannya, kenapa ultra kiasu dan bukan Melayu tidak boleh bertutur dan berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Melayu sedang mereka sudah bergenerasi di sini?

Jawapan mudah.

Mereka tidak mahu.

Mereka tidak ada keinginan.

BM tidak membawa keuntungan kepada mereka

BM tidak ada nilai.

Di manakah kesetiaan dan semangat patriotism yang kitab oleh harapkan.

Orang inilah yang akan lari dulu jika negara ini ditimpa bencana dan malapetaka seperti peperangan.

Wahai pemimpin negaraku, buatlah audit semua perkara ini. Adakah kita sebenarnya sedang membina negara?

Berpolitik, berpolitik juga, jangan sampai menghancurkan negara

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button