Berita UtamaDunia

Arab Saudi hukum mati 3 penentang projek kerajaan

Pakar PBB beri amaran, persoal kewajaran hukuman

RIYADH, 15 Syawal 1444H, Sabtu – Tiga ahli daripada puak Arab Saudi yang menentang projek bandar mega futuristik Neom kerajaan dijatuhi hukuman mati, dedah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mereka adalah dari suku Howaitat, yang mendiami kawasan padang pasir di barat laut Arab Saudi di mana projek itu sedang dalam pembinaan.

Tiga lelaki itu – Shadly Ahmad Mahmoud Abou Taqiqa al-Huwaiti, Ibrahim Salih Ahmad Abou Khalil al-Huwaiti dan Atallah Moussa Mohammed al-Huwaiti – dilaporkan dijatuhi hukuman mati pada 5 Ogos tahun lalu dan hukuman mereka dikekalkan melalui rayuan pada 23 Januari.

“Mengikut undang-undang antarabangsa, negara yang belum memansuhkan hukuman mati hanya boleh mengenakannya untuk ‘jenayah paling serius’, yang melibatkan pembunuhan dengan sengaja. 

“Kami tidak percaya tindakan mereka perlu dihukum sampai ke tahap ini,” kata pakar PBB.

Menurut kenyataan mereka, tiga lagi anggota suku Huwaitat turut dijatuhkan hukuman penjara antara 27 hingga 50 tahun.

Pakar-pakar itu mengeluh bahawa keenam-enamnya telah didakwa di bawah undang-undang antikeganasan 2017 yang ‘terlalu kabur’.

Mereka juga menuntut pihak berkuasa Arab Saudi menyiasat dakwaan beberapa tahanan telah diseksa untuk menukar pengakuan, dan menyemak semula hukuman. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button