Berita Utama

Faizal Azumu nafi PN tandatangan SD jatuhkan kerajaan

PN kini tumpu persiapan hadapi PRN di enam negeri

GOMBAK, 15 Syawal 1444H, Sabtu – Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan gabungan itu ada menandatangani sebarang akuan bersumpah (SD) untuk menjatuhkan Kerajaan Madani.

“PN tidak membuat SD, kita hanya ada 74 kerusi dan istiqamah. 

“Kita sedar perlu menjalankan tanggungjawab sebagai pembangkang yang berwibawa dan ia akan diteruskan,” katanya seperti dilapor portal tempatan.

Beliau yang juga Timbalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, PN kini tertumpu kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dijangka berlangsung pada Jun.

“Fokus PN ke arah untuk kekalkan kerajaan di Terengganu, Kelantan dan Kedah serta cuba mencari jalan ambil alih Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Dalam semangat Syawal ini, kita tak perlu fikir berkenaan perkara itu (ambil alih kerajaan), biar fokus khidmat kepada rakyat dan eratkan silaturrahim. Itu yang perlu dibuat,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button