Berita Utama

GPS gesa henti politiking, akur titah Agong

Rakyat harap kerajaan yang stabil, tumpu kebajikan

KUCHING, 15 Syawal 1444H, Sabtu – Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan pendirian berpegang kepada prinsip akur hasrat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mewujudkan kerajaan stabil dan memulihkan ekonomi negara.

Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, fokus perlu diberikan kepada rakyat dalam usaha memulihkan ekonomi berbanding isu berkaitan politik.

“… sebab itu kita akur hasrat Yang di-Pertuan Agong untuk mewujudkan kerajaan perpaduan, dan fokus mewujudkan kerajaan yang stabil supaya dapat memulihkan ekonomi negara kita, itu yang kritikal di peringkat kita GPS.

“Rakyat sekarang harapkan semua parti politik tumpu kebajikan rakyat, kemaslahatan negara kita, justeru fokus kita memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi negara kita sahaja buat masa ini,” katanya.

Fadilah menegaskan, perkara membabitkan politik di peringkat pembangkang ataupun kerajaan perlu ditepikan buat ketika ini bagi mewujudkan negara yang stabil.

Ini akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur asing ke dalam negara, katanya.

“Kita perlu terus menjadi sebuah negara yang bukan sahaja bersatu padu tetapi sebuah negara yang dihormati oleh negara luar, barulah nanti kita dapat menjemput dan menarik pelabur ke negara kita. 

“Itulah fokus GPS, kita dan tidak akan berpolitik lagi kerana sekarang ini ialah masa untuk kita membangunkan negara kita,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button