Berita UtamaDunia

Jemaah Barat masih ternanti-nanti harga pakej ibadah haji

Daftar sendiri tempahan melalui aplikasi baharu Nusuk

RIYADH, 17 Syawal 1444H, Isnin – Jemaah haji Barat masih menunggu butiran mengenai pakej dan harga selepas Arab Saudi memperkenalkan sistem tempahan baharu untuk tahun kedua berturut-turut.

Awal tahun ini, Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan rancangan untuk membenarkan umat Islam dari negara Barat menempah tempat mereka untuk haji melalui aplikasi baharu, Nusuk.

Secara tradisinya, tempat untuk ibadah haji ditempah melalui ejen pelancongan tempatan di negara asal jemaah.

Tetapi, di bawah sistem yang dikemas kini, agensi pelancongan tempatan akan menguruskan jemaah haji Barat tanpa jaminan mereka akan menyediakan pengalaman yang sama dengan jemaah haji lain.

Sejak itu, bakal jemaah haji digalakkan untuk mendaftarkan sendiri butiran pasport mereka di aplikasi Nusuk dan menunggu maklumat lanjut.

Namun, hanya beberapa minggu sebelum permulaan haji, jemaah yang berharap untuk melakukan perjalanan dari UK dan ejen pelancongan telah memberitahu Middle East Eye, mereka masih tidak menerima sebarang maklumat, termasuk harga pakej yang ditawarkan.

Pada hari Rabu, kumpulan Telegram yang dikendalikan oleh agensi Haji utama UK mengeluarkan notis berbentuk PDF dan Excel yang menunjukkan harga pakej untuk Haji tahun ini.  

Tetapi harga pakej tidak disiarkan di laman web Nusuk, dengan mesej ralat muncul pada tab pakej pada petang Rabu.

Pada pagi Khamis, mesej pada halaman itu berkata: “Pakej akan muncul secara beransur-ansur untuk negara yang termasuk dalam inisiatif itu, dan anda akan menerima e-mel apabila pakej untuk negara anda tersedia.”

Harga pakej yang diterangkan pada kumpulan Telegram berbeza-beza dalam tempoh berada di tanah suci, termasuk penerbangan, penginapan hotel di Makkah dan Madinah, makan, pengangkutan dan lawatan ke tempat suci yang lain.

Seorang lelaki warga Britain berkata, dia telah mendaftar di Nusuk untuk melaksanakan ibadah haji bersama ibu bapanya yang sudah tua. 

Namun katanya, dia kini berdebar-debar menunggu untuk mendengar mengenai harga pakej yang ditawarkan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button