Berita UtamaDunia

Imam Masjid al-Aqsa ditahan pasukan perisik negara haram

Akhbar dakwa Sheikh Ekrima hasut keganasan, sokong pembunuhan

BAITULMAQDIS, 18 Syawal 1444H, Selasa – Imam Masjid al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri dipanggil pasukan perisikan negara haram Israel untuk disoal siasat di Balai Polis Maskubiya, barat Baitulmaqdis.

Menurut kenyataan peguamnya, Hamza Qatnieh, pasukan perkhidmatan perisikan itu sedang mempertimbangkan untuk mendakwa imam berusia 85 tahun tersebut.

Sheikh Ekrima menjadi sasaran utama dalam kempen yang dikendalikan media negara haram Israel sejak kebelakangan ini.

Beberapa minggu lalu, akhbar Hebrew Maariv mendakwa Sheikh Ekrima menghasut keganasan, menyokong pembunuhan selain bersedia untuk berkonfrontasi dengan rejim pengganas Zionis.

Malah, sejak beberapa tahun lalu, Sheikh Ekrima sering menjadi sasaran utama dan ditahan serta disoal siasat oleh pasukan perisikan negara haram berkenaan.

Beliau juga dilarang memasuki Masjid al-Aqsa dan kawasannya.

Lebih teruk, beliau diharamkan daripada melancong ke luar negara bagi mengelak berkomunikasi dengan penduduk luar termasuk Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button