Berita Utama

Skandal Rasuah: SPRM pecat lima pegawai KSM

Sivakumar mahu pentadbiran lancar dan baik tanpa korupsi

BANGI, 18 Syawal 1444H, Selasa – Lima pegawai Kementerian Sumber Manusia (KSM) yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa baru-baru ini ditamatkan kontrak serta-merta.

Perkara itu disahkan oleh Menterinya, V Sivakumar selepas merasmikan Persidangan Kemuncak Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Bersama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC OSH Summit) 2023 di Bangi pada Selasa.

Jelas beliau, perkara tersebut perlu dilakukan bagi memastikan kelancaran pentadbiran kementerian berkenaan.

“Itu memang berlaku (pemecatan kakitangan). Kita nak pastikan kementerian dapat berfungsi dengan lancar dan baik,” katanya.

Sebelum ini, SPRM menahan pegawai tersebut bagi membantu siasatan berhubung isu rasuah dalam sebuah agensi pengambilan pekerja asing.

SPRM turut menahan seorang ahli perniagaan dari Ipoh dalam siasatan yang dikatakan melibatkan rasuah bernilai RM97 juta.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button