Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Ketepikan peruntukan pada pembangkang ulangi skrip politik dendam kesumat

PAS gesa kerajaan beri peruntukan pada wakil rakyat tanpa syarat

BANGI, 19 Syawal 1444H, Rabu – Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mengambil panduan berhubung titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah supaya wakil rakyat pembangkang diberi peruntukan yang adil.

Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin berkata, tindakan mengetepikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang oleh kerajaan selama ini hanya mengulangi skrip politik dendam kesumat.

Bahkan, ianya amat bertentangan dengan agenda yang pernah Anwar perjuangkan ketika menjadi Ketua Pembangkang.

“Kami mengulangi gesaan ini kerana kepentingan rakyat perlu diutamakan, bukan hanya survival politik yang menafikan hak wakil rakyat pembangkang yang sah dipilih oleh rakyat.

“Peruntukan juga perlulah diberikan tanpa syarat. Hormatilah pilihan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Tengku Hassanal menitahkan supaya kerajaan Pahang memberikan peruntukan adil kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri itu.

Baginda bertitah, hampir 66 tahun merdeka landskap politik perlu berubah.

“(Tempoh) 66 tahun ini sepatutnya telah matang dan yang menjadi kerajaan raikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat.

“Peruntukan yang adil perlu diberikan kepada mereka (pembangkang) juga,” titah baginda.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button