Berita UtamaDunia

‘Pintu neraka dibuka kepada Zionis dari Nablus’

Lions’ Den beri amaran keras pada rejim pengganas susulan serangan mengejut semalam

NABLUS, 19 Syawal 1444H, Rabu – Kumpulan pejuang muda Palestin, Lions’ Den memberi amaran keras kepada rejim Tel Aviv mengenai serangan mengejut dan balas dendam yang tidak pernah berlaku sebelum ini, selepas pembunuhan tiga komander pejuang berprofil tinggi dalam serangan udara Israel.

“Tiada suara yang lebih lantang daripada barisan pejuang (Palestin),” kata kumpulan yang berpangkalan di Nablus itu, sambil berikrar untuk membalas dendam atas darah saudara yang mati syahid di Gaza.

“Masa semakin suntuk. Kali ini pintu neraka akan dibuka kepada Zionis dari Nablus,” mereka memberi amaran.

The Lions’ Den kemudian menyampaikan ucapan takziah atas kematian tiga komander berprofil tinggi Briged al-Quds – sayap tentera gerakan pejuang Jihad Islam.

“Kami menghormati para syuhada Gaza, yang telah mencapai kedudukan tertinggi.

“Kami kumpulan pejuang akan membalas dendam atas pembunuhan yang berlaku,” kata kumpulan itu.

Pada masa sama, pemimpin Hamas Ismail Haniyeh mengecam serangan udara terbaharu Israel – dan nekad untuk ‘membayar; harga yang mahal atas pembunuhan itu.

Bercakap kepada rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang terkepung Ismail berkata, “Tiada suara yang lebih kuat daripada suara anda dan barisan pejuang. 

“Kami menyeru kepada semua lapisan masyarakat Palestin supaya tidak gusar dan tidak berputus asa,” katanya. 

Terdahulu, sekurang-kurangnya 13 orang maut termasuk termasuk beberapa pejuang Jihad Islam di Semenanjung Gaza akibat serangan udara dilancarkan Israel terhadap kubu Hamas. 

Antara yang terbunuh adalah tiga komander kanan kumpulan itu, termasuk Setiausaha Majlis Tentera Briged Al-Quds, Jihad Ghammam dan isterinya. 

Selain itu, anggota Majlis Tentera Briged Al-Quds Khalil al-Bahtini, yang mentadbir sayap tentera wilayah utara Gaza dan ketua pasukan tentera, Tareq Ezzedine, turut terbunuh dalam serangan terbabit. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button