Berita UtamaIstimewa

Loh Siew Hong gagal murtadkan tiga anak

Tiada bukti ketiga-tiga anak berhenti menganut agama Islam: Hakim

BANGI, 20 Syawal 1444H, Khamis – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan ibu tunggal, Loh Siew Hong yang berhasrat memurtadkan ketiga-tiga anaknya dan kembali kepada Hindu selepas ditukar secara sebelah pihak oleh bekas suaminya, Muhammad Nagashwaran Muniady.

Hakim Datuk Wan Farid Wan Salleh berkata, tiada bukti dikemukakan bahawa agama ketiga-tiga kanak-kanak itu sudah ditukar semula kepada agama Hindu.

Katanya, Loh sendiri tidak pernah menafikan tiga anaknya masih mengamalkan ajaran Islam seperti menunaikan solat, walaupun ketika berada dalam jagaannya.

“Mengambil kira semua keadaan kes itu, tiada bukti di hadapan saya ketiga-tiga kanak-kanak itu tidak senang tinggal bersama pemohon (Siew Hong).

“Walaupun ini adalah isu lain, ia agak berkaitan dengan kes di hadapan saya. Tiada bukti ketiga-tiga kanak-kanak itu sudah berhenti menganut agama Islam, ketika mereka berada di bawah jagaan pemohon,” katanya.

Wan Farid berkata demikian selepas menolak permohonan semakan kehakiman Siew Hong bagi mencabar pengislaman ketiga-tiga anaknya oleh bekas suaminya yang memeluk Islam dan sekaligus memohon membatalkan pengislaman berkenaan.

Keputusan berkenaan berlangsung melalui prosiding dalam talian.

Pada 25 Mac lalu, wanita berkenaan memfailkan permohonan semakan kehakiman itu dengan menamakan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis, MAIPs, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan kerajaan negeri Perlis dinamakan sebagai responden pertama hingga keempat.

Pautan berkatan;

Loh Siew Hong dibenar cabar penukaran agama tiga anak beragama Islam

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button