Dunia

Mesir jadi orang tengah hentikan serangan ganas di Gaza

Israel teliti cadangan Kaherah laksana gencatan senjata

KAHERAH, 20 Syawal 1444H, Khamis – Mesir memulakan langkah sebagai ‘orang tengah’ untuk menamatkan pertempuran rentas sempadan selama dua hari di Semenanjung Gaza, yang menyaksikan serangan pengganas Israel terhadap kumpulan Jihad Islam dan pejuang Palestin di wilayah itu.

Pusingan kedua pertempuran rentas sempadan berlaku selepas Israel melancarkan serangan pada Selasa, sehingga mengorbankan 12 orang termasuk tiga komander Jihad Islam. 

Susulan perkembangan itu, Kaherah mengambil inisiatif menjadi pengantara untuk melaksanakan gencatan senjata, kata jurucakap Jihad Islam, Dawoud Shehab.

Menteri Luar Israel, Eli Cohen berkata, pihaknya sedang meneliti cadangan Mesir itu.

Difahamkan, lebih 300 roket dilancarkan dengan 66 daripadanya dipintas di Gaza, kata jurucakap tentera.

Tentera mendakwa, serangan itu hanya ditujukan kepada sasaran yang dikaitkan dengan kumpulan Jihad Islam – pertubuhan berpangkalan di Iran dan Gaza yang semakin aktif di Tebing Barat sejak setahun lalu.

Setakat ini, 21 kematian dilaporkan membabitkan lima wanita dan lima kanak-kanak Palestin, selain tiga komander kanan Jihad Islam serta empat lelaki sejak siri serangan tercetus pada Selasa.

Antara mangsa korban terbaharu pada Rabu adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, namun keadaan kematiannya tidak dijelaskan.-  Agensi

Berita berkaitan;

Korban serangan udara Israel di Gaza meningkat 21

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button