Berita UtamaDunia

Turkiye mahu perjanjian bijirin Laut Hitam dilanjutkan lagi

PBB Turkiye jadi perantara tangani krisis makanan global

ISTANBUL, 20 Syawal 1444H, Khamis – Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusoglu berharap perjanjian bijirin Laut Hitam dilanjutkan untuk tempoh dua bulan lagi, ketika beberapa pegawai mengadakan rundingan.

Sebelum ini, Russia menegaskan tidak mahu menyambung perjanjian berkenaan melebihi 18 Mei kecuali memenuhi senarai tuntutan yang menghalang bijirin dan baja dari Russia dieksport, kata Cavusoglu selepas pulang dari lawatan di Moscow.

Katanya, perjanjian bijirin antara isu yang dibincangkan dengan rakan sejawatannya di Russia, Sergei Lavror ketika lawatan ke Moscow.

Atas dasar itu, beliau keputusan positif dapat dicapai dan rundingan akan diteruskan hari ini.

“Saya fikir kita akan mendapat keputusan dan perjanjian berkenaan dilanjutkan sekurang-kurang dua bulan lagi,” katanya.

Sebelum ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Turkiye menjadi perantara perjanjian eksport bagi membantu menangani krisis makanan global yang diburukkan lagi dengan perang oleh Russia di Ukraine.

Pegawai dari Russia, Ukraine, Turkiye dan PBB telah membentuk Pusat Penyelarasan Bersama (JCC) di Istanbul bagi melaksanakan perjanjian berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button