2,000 permohonan jururawat kontrak untuk diserap secara tetap
Ambil kita faktor pembinaan fasiliti kesihatan baharu di kawasan pedalaman

BANGI, 21 Syawal 1444H, Jumaat – Sebanyak 2,000 permohonan jururawat lantikan kontrak dikemukakan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk diserap ke jawatan tetap tahun ini.
Kesemua permohonan berkenaan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tindakan lanjut, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni.
Katanya, keadaan ini mengambil kira faktor pembinaan banyak fasiliti kesihatan baharu termasuk di kawasan pedalaman.
“Terdapat keperluan bagi menambah jumlah jururawat sedia yang ketika ini mencecah sehingga 165,000 kakitangan,” katanya.
Bagaimanapun, Lukanisman menjelaskan, permohonan penjawatan tetap itu bergantung sepenuhnya kepada keputusan dan jawapan JPA.
Jelasnya, KKM turut mempertimbangkan jururawat kontrak diserap secara berfasa sekiranya rayuan penambahan itu diluluskan.
Beliau memaklumkan, KKM kini sedang melakukan pemetaan bagi mengoptimumkan khidmat kakitangan.
“Tugas jururawat sememangnya perlu penambahan terutama pasca COVID-19, namun permohonan perjawatan tetap itu bergantung sepenuhnya kepada keputusan dan jawapan JPA,” tegasnya.