
SALAH satu daripada sifat orang yang bertakwa ialah mereka itu segera beristighfar setelah melakukan kesilapan.
Perkara ini dijelaskan di dalam firman Allah yang menyebutkan:
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ
“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka…” (Surah Ali Imran: 135)
Ketika menghuraikan ayat ini, Sheikh al-Tantawi memetik kata-kata al-Imam Fakhruzrazi yang menyebutkan bahawa, Allah membahagi sifat orang bertakwa kepada dua kategori.
(Iaitu) Yang pertama adalah yang konsisten melakukan kebaikan (dengan berinfaq dan amal kebaikan).
Manakala yang kedua pula adalah mereka mudah tersedar apabila melakukan kesalahan dan segera kembali kepada Allah.
Ini menunjukkan bahawa orang yang bertakwa itu juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Timbalan Pengerusi 2
Majlis Ulama ISMA (MUIS)