Berita UtamaDunia

Arab Saudi kutuk menteri Israel mahu guna bom nuklear serang Gaza

Menteri Warisan beri amaran tak benarkan bantuan masuk Gaza

GAZA, 22 Rabiulakhir 1445H, Isnin – Arab Saudi mengutuk keras kenyataan melampau Menteri Kabinet Israel yang memberi bayangan mahu menggunakan bom nuklear ketika menyerang Semenanjung Gaza, lapor Anadolu.

Kementerian Luar Arab Saudi mendakwa, kegagalan kerajaan Israel memecat menteri itu lagi membuktikan sikap Zionis yang menghiraukan piawaian manusia, etika, agama dan undang-undang.

Terdahulu, Menteri Warisan Israell, Amichai Eliyahu mendakwa, salah satu pilihan rejim Zionis dalam peperangan dengan Gaza ialah menggugurkan bom nuklear di wilayah terkepung itu.

Menerusi temubual di radio, Eliyahu juga menyuarakan bantahannya untuk membenarkan sebarang bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Beliau juga menyamakan rakyat Palestin seperti Nazi dan secara terbuka menyatakan tidak membenarkan sebarang bantuan masuk ke Gaza.

Ahli politik sayap kanan itu seterusnya mendakwa Gaza tidak mempunyai hak untuk wujud, dan berkata sesiapa yang mengibarkan bendera Palestin atau Hamas “tidak boleh terus hidup di muka bumi.”

Bagaimanapun selepas mengeluarkan kenyataan melampau itu beliau digantung daripada mesyuarat kerajaan.

Perkara berkenaan dikeluarkan pejabat Perdana Menteri sambil menambah kenyataan yang dikeluarkan Menteri berusia 46 tahun itu tidak berdasarkan realiti.

Sehingga kini rejim pengganas telah menggugurkan ribuan bom di Semenanjung Gaza, membunuh hampir 10,000 orang termasuk 3,900 kanak-kanak dalam tempoh kurang sebulan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button