Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Artikel Khas

Benarkah perjuangan UMNO selari dasar kerajaan Madani?

Ucapan pemimpin DAP, PKR sebelum ini jelas tak peduli isu Melayu, Islam

MENURUT Presiden UMNO baru-baru ini, perjuangan UMNO adalah selari dengan agenda kerajaan perpaduan iaitu berkenaan agenda Islam dan Melayu.

Namun, hasil penelitian saya, agak sukar untuk mencari di mana titik persamaan tersebut. Saya tak pasti dalam bab mana yang dikatakan selari itu.

Sepengetahuan saya (dan diketahui umum) DAP dan PKR tidak pernah meletakkan Islam dan Melayu sebagai agenda mereka. Ucapan pemimpin-pemimpin mereka selama ini memang amat jelas tidak peduli isu Melayu dan Islam.

Sebaliknya Melayu dan Islamlah cuba untuk disama-ratakan dengan bangsa dan agama lain. Ini bukan rahsia lagi – semua orang tahu.

Bagi saya, ia bukan selari malah amat bertentangan antara objektif penubuhan dan perjuangan UMNO berbanding PKR serta DAP. Sejarah 22 bulan pemerintahan PH membuktikan segalanya. Masing-masing (PKR dan DAP) telah tunjukkan belang mereka dalam bab ini dulu.

Saya tidak pasti sama ada saya bermimpi atau Presiden UMNO yang sedang mengigau tatkala terbuai lena dalam khayal ‘Madani’?

Apa pandangan saudara tentang kenyataan presiden UMNO ini? Apakah perjuangan dan dasar Islam dan Melayu UMNO sebenarnya selari dengan dasar yang dibawa oleh kerajaan PMX ini?

Aminuddin Yahaya
13 Mei 2023

https://www.astroawani.com/berita-politik/kerajaan-perpaduan-tidak-pernah-melupakan-agenda-melayu-dan-islam-zahid-419303?amp=1&fbclid=IwAR0hdMSH0N0weqeGpoFf-YhoPXWbkWT7cqXjrb6dCY6P8Qd9doBe5g9TmPM

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button