Pendapat

FamilyMart kedai serbaneka pertama di dunia dapat sijil halal

Pasti negara lain akan contohi langkah bijak industri Halal Malaysia

1. Dalam jutaan kedai serbaneka di dunia, FamilyMart muncul sebagai YANG PERTAMA mendapat pensijilan Halal.

2. Hal ini kerana Malaysia merupakan negara yang selalu menjadi yang pertama dalam merangka standard-standard Halal, kemudian diikuti oleh negara lain. Jadi, bila ada satu pihak menjadi yang pertama Halal di Malaysia, pihak itu sekaligus menjadi yang pertama halal di dunia.

3. Standard “MS 2400-3:2019 Halal Supply Chain Management System – Part 3: Retailing” adalah sebuah standard bertaraf ISO. Tak pernah ada pihak yang berjaya mendapat pengitirafannya, hatta pihak wakil industri yang menggubalnya, antaranya Lulu Hypermarket, Mydin Holdings dan Tesco Stores. MS2400-3 boleh dirujuk di sini:
https://library.ucyp.edu.my/…/MS-2400-3-2019_UNIVERSITY…

4. Siapakah yang bekerja keras di sebalik pengiktirafan Halal FamilyMart ini? Tuan-Puan perlu bagi tabik hormat kepada Puan Siti Salwa Abdul Ghani. Anak kelahiran Pulau Pinang ini antara sebilangan alumni Universiti Al-Azhar yang berani meneroka medan khidmat baharu, iaitu Industri Halal pada 2011. Kini beliau diamanahkan sebagai Pegawai Halal di QL Resources Berhad, syarikat pemegang francais induk FamilyMart Malaysia.

5. ‘Halal Move’ adalah suatu yang strategik. Di kala 7E dan Speedmart masih menjual arak, FamilyMart sudah Halal dapur berpusatnya, 16 buah premisnya dan pembekal bahan mentahnya di luar negara. Untuk rekod, Family Mart sudah menghentikan jualan arak di semua outletnya sejak Mac lalu.

6. Semua pihak gembira dengan pencapaian FamilyMart, baik pelanggannya, apatah lagi warga kerjanya. Saya yakin, tak lama lagi, negara lain akan mencontohi langkah bijak industri Halal Malaysia ini. Terima kasih Family Mart! Terima kasih JAKIM! Now we can claim ourselves as World Halal Nation!

BILAL JAILANI
Pemerhati Industri Halal

Pautan asal https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02S8EKkbXewCmq1NJWv4DiyoFmFRLbQrwrRG7V1u4KAcJutVBSRRaNrGP8hwCjsTZSl&id=625657835&mibextid=Nif5ozhttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02S8EKkbXewCmq1NJWv4DiyoFmFRLbQrwrRG7V1u4KAcJutVBSRRaNrGP8hwCjsTZSl&id=625657835&mibextid=Nif5oz

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button