Dunia

Jihad Islam sasar perhimpunan tentera penjajah Israel

Pejuang Palestin balas serangan udara Israel tempoh hari

TEBING BARAT, 22 Syawal 1444H, Sabtu – Briged Al-Quds, sayap tentera gerakan Jihad Islam Palestin berkata, pihak Palestin menyasarkan perhimpunan tentera Israel dengan peluru berkaliber berat.

Briged Al-Quds dalam satu kenyataan berkata, pasukan pejuang Palestin menyasarkan perhimpunan kenderaan dan askar rejim Zionis dengan peluru berkaliber berat, serta mengesahkan serangan terus terhadap pihak musuh.

Asap hitam tebal kelihatan muncul dari kawasan Nahal Oz, di mana kenderaan tentera Israel ditempatkan di belakang pagar pemisah, timur Kota Gaza.

Menurut Radio Tentera Israel, jet pejuang Israel mengenai empat pos tentera kumpulan Jihad Islam, serta tapak pelancaran mortar dan roket di Semenanjung Gaza.

Pasukan pejuang Palestin terus melancarkan serangan roket terhadap tapak, penempatan dan bandar tentera Israel, sebagai tindak balas terhadap serangan udara yang berterusan di Semenanjung Gaza.

Pihak Israel memberitahu pengantara Mesir mengenai pemberhentian rundingan gencatan senjata ketika konflik antara tentera Israel dan kumpulan Penentang Palestin di Gaza terus meningkat.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata 31 orang, termasuk enam kanak-kanak dan tiga wanita, telah terbunuh, dan 93 yang lain, termasuk 32 kanak-kanak dan 17 wanita, cedera dalam empat hari terakhir serangan udara tentera Israel.

Perkhidmatan perubatan kecemasan kebangsaan Israel, Magen David Adom, melaporkan bahawa roket dilepaskan dari Gaza Khamis lalu merosakkan bangunan kediaman di bandar Rehovot tengah Israel, lantas menyebabkan seorang maut dan lima cedera. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button