Berita UtamaDunia

Rejim penjajah Israel makin agresif, tiada toleransi

EU bimbang peningkatan keganasan yang berterusan di Palestin

BRUSSELS, 22 Syawal 1444H, Sabtu – Kesatuan Eropah (EU) mendakwa pengeboman ganas rejim penjajah ke atas Semenanjung Gaza sebagai tindakan tiada toleransi, sambil menggesa Tel Aviv menghentikan perbuatan kejam itu, lapor agensi berita Anadolu.

Jurucakap EU, Peter Stano menerusi sidang media, melahirkan rasa bimbang dengan peningkatan keganasan dalam beberapa hari kebelakangan ini di wilayah Palestin.

Katanya, tentera pengganas negara haram itu mesti mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa sambil menegaskan tindakan pengeboman secara sewenang-wenang di Semenanjung Gaza adalah perbuatan tidak boleh diterima.

Kelmarin, sumber Palestin berkata, usaha Mesir untuk menjadi perantara gencatan senjata tidak membuahkan hasil.

Sementara itu, rejim zionis berkata, serangan udara ke atas Gaza adalah sebahagian operasi perisai – sebagai tindak balas terhadap tembakan roket dari Gaza susulan kematian rakyat Palestin yang melancarkan mogok lapar ketika dalam tahanan penjara Israel, minggu lalu.

Menurut angka Palestin, sekurang-kurangnya 130 rakyat Palestin yang terkorban disebabkan tembakan tentera pengganas sejak awal tahun ini. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button