Berita Utama

Cakap tanpa bukti, ini digelar ‘mat retorik’: Tun M

Hingga kini Anwar tak tunjuk bukti selain terus buat tuduhan

BANGI, 24 Syawal 1444H, Isnin – Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini sekali lagi mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti berhubung tuduhan menyalah guna kuasa bagi memperkaya keluarganya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, meskipun beliau sudah mengambil tindakan mahkamah ke atas Anwar, sehingga ke hari ini Presiden PKR itu tidak pernah menunjukkan bukti selain berterusan melakukan tuduhan ke atasnya.

“Sebaliknya, dia minta saya tunjuk bukti harta saya. Dia yang tuduh saya dan dia minta saya pula tunjuk bukti.

“Saya juga telah isytihar harta beberapa kali semasa jadi Perdana Menteri dan ini juga pengetahuan umum,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Mahathir, beliau tidak mempunyai masalah untuk mengisytihar harta kerana tiada apa yang perlu disorokkan.

Bagaimanapun, beliau berkata, Anwar telah beberapa kali menuduhnya salah guna kedudukan semasa menjadi Perdana Menteri untuk kayakan diri sendiri dan keluarga.

“Saya juga dituduh memiliki wang berbilion ringgit, kapal terbang dan kapal. Kononnya semua orang tahu.

“Saya kata tunjuk bukti saya salah guna kuasa untuk kayakan diri dan keluarga dan kalau tidak saya akan ambil tindakan mahkamah.

“Setakat cakap di atas pentas politik tanpa ada bukti ini siapa pun boleh buat. Mereka ini digelar ‘mat retorik’,” kata Dr Mahathir.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button