Berita UtamaDunia

Serangan di Afghanistan makin kritikal, perlu dihentikan segera

Letupan ragut nyawa 15 orang awam, puluhan yang lain cedera

KABUL, 20 Ramadan 1443H, Jumaat – Letupan berasingan di utara Afghanistan telah mengorbankan 15 orang awam manakala puluhan yang lain mengalami kecederaan, lapor media tempatan.

Letupan pertama yang berlaku di sebuah masjid di bandar Mazar – Sharif mengorbankan 10 jemaah dan mencederakan 32 yang lain, kata Ghawuddin Anwari, doktor yang merawat mangsa memberitahu CNN.

Ghawuddin berkata, hospital ‘menerima 10 mayat dan lebih 32 yang lain cedera’ dalam letupan di Masjid Seh Dokan selepas Jemaah menunaikan solat asar.

Kumpulan Daesh, ISIS mengaku bertanggungjawab dalam serangan di Mazar – i-Sharif, menurut kenyataan yang dikongsikan saluran Telegram kumpulan berkenaan.

Kumpulan berkenaan juga mengaku bertanggungjawab kepada ribuan kematian sejak kumpulan berkenaan ditubuhkan 2015.

Malah, turut mengaku bertanggungjawab dalam serangan di lapangan terbang di Kabul, Ogos tahun lalu yang mengorbankan lebih 170 penduduk serta beberapa serangan berasingan di bandar Jalalabad, September tahun lalu.

Sementara itu, dalam serangan berasingan, sebuah basikal meletup berhampiran van milik Taliban di bandar Kunduz telah mengorbankan lima penduduk manakala 21 yang lain cedera.

Jurucakap Polis Kabul, Khalid Zhandran berkata, serangan berasingan turut berlaku di Kabul mencederakan dua kanak-kanak.

Serangan berkenaan berlaku selepas kejadian letupan di dua sekolah yang mengorbankan enam pelajar.

“Hari ini lebih banyak letupan melanda Afghanistan, menyerang Masjid di Mazar e Sharif dan masyarakt hazara menjadi mangsa keadaan, kata pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak asasi manusia di Afghanistan, Richard Bennett.

Katanya, serangan bersasar ke atas sekolah dan masjid yang sesak memerlukan penyiasatan segera, dengan tindakan pelanggaran hak asasi manusia perlu dihentikan. – Agensi

Pautan terdahulu;

PBB kutuk letupan bom di 2 buah sekolah di barat Kabul

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button