Berita Utama

Kalimah Allah: Meski hanya di Sarawak, tetap beri kesan pada agama Islam

KDN patut rujuk fatwa, fakta lain sebelum buat keputusan

BANGI, 26 Syawal 1444H, Rabu – Tindakan kerajaan menarik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi, sekali gus membenarkan permohonan Jill Ireland Lawrence Bill menggunakan kalimah Allah bagi penggunaan orang bukan Islam adalah langkahmundur dan ke belakang.

Meskipun hanya terpakai di Sarawak, Presiden BERJASA, Haji Zamani Ibrahim mengakui sangat kecewa dengan keputusan  kerajaan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita berasa kerajaan seolah-olah mengetepikan titah Sultan Selangor dan Sultan Johor yang telah memohon supaya kerajaan waktu itu membuat rayuan.

“Apa berlaku hari ini seolah-olah kita mundur ke belakang dan membenarkan kalimah itu digunakan dalam percetakan.

“…sedangkan ianya terikat dengan fatwa yang perlu kita rujuk, terikat dengan agama Islam sebagai agama Persekutuan yang perlu kita raikan,” katanya.

Isnin lalu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan Malaysia dilaporkan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021 selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon pengisytiharan mengenai hak Perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya, 18 April lalu.

Selepas dikritik, Anwar memaklumkan, penggunaan kalimah ‘Allah’ hanya terpakaioleh penganut agama Kristian di Sarawak dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pendidikan, dan tidak terpakai di negeri-negeri lain.

Mengulas lanjut, Zamani menegaskan, tindakan KDN itu tetap memberi kesan yang cukup besar kepada agama Islam, sedangkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifly Al-Bakri sebelum ini bersungguh-sungguh membuat rayuan di atas kebenaran menggunakan kalimah Allah.

“Sepatutnya KDN rujuklah menteri agama sebelum dapatkan pandangan, hujah-hujah dan fakta-fakta supaya dia dapat pandangan yang jelas.

“Apakah KDN tidak memandang perkara ini penting, sedangkan menjaga kalimah Allah itu suatu yang sangat penting sebagai satu kalimah suci, kalimah yang telah difatwakan oleh Jawatankuasa Fatwa pada 2008 untuk kesucian kalimah itu sendiri jangan disalah gunakan,” katanya.

Berita berkaitan;

Tindakan KDN tak wajar, bimbang kalimah Allah disalah guna: Aminuddin

Keputusan berkaitan kalimah Allah hanya khusus bagi Sarawak: PM

Keputusan berkaitan kalimah Allah hanya khusus bagi Sarawak: PM

Keputusan berkaitan kalimah Allah hanya khusus bagi Sarawak: PM

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button