Berita Utama

MB Kelantan masih tunggu undangan PM bincang masalah air

Sabar dulu, belum terima apa-apa surat setakat ini

BANGI, 26 Syawal 1444H, Rabu – Kelantan masih menunggu jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membincangkan krisis air yang melanda negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yaakob berkata, sehingga kini beliau belum mendapat undangan dan surat bagi membincangkan isu berkenaan.

“Saya belum terima apa-apa surat setakat ini. Kita tunggu dan bersabar dulu,” katanya.

Sebelum ini, ketika berucap di Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan 2023, Anwar menyatakan komitmen untuk mencari jalan menyelesaikan sepenuhnya masalah bekalan air bersih yang dihadapi di Kelantan dan Sabah, dalam tahun ini juga.

Justeru, beliau berharap kerajaan negeri akan lebih mudah memberi kerjasama penuh dengan Kerajaan Persekutuan dalam merealisasikan hasrat berkenaan bagi memastikan rakyat tidak lagi terbeban dengan isu berkenaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button