Berita Utama

Kerajaan patut sekat Coldplay, bukan terus sokong

Bimbang generasi muda hanyut arus hiburan melampau

Oleh Muhammad Danial Haziq

BANGI, 29 Syawal 1444H, Sabtu – Kemasukan kumpulan rock alternatif British, Coldplay November nanti seolah-olah menggalakkan lagi hedonisme dan hiburan melampau, walhal Malaysia adalah negara Islam.

Ramai meluahkan kebimbangan kerana Coldplay terkenal sebagai kumpulan yang menyokong gerakan songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Apa pun alasan aku tak setuju sampai PMX nak sambut mereka ni sedangkan mereka ni supporter LGBT,” kata Azhar Hassan.

“Jangan sekadar menempek Islam pada Perlembagaan, tapi tidak memeliharanya dengan benar.

“Coldplay adalah langkah awal dan cubaan utk mencemarkan serta meruntuhkan kedaulatan agama Islam dalam negara,” kata Sophi Hardy.

“Sedih dengan majoriti rakyat malaysia yang mengaku Islam tapi sanggup berhabis duit dan menyokong golongan LGBT demi memenuhi nafsu serakah,” kata Nazli Khalid.

“Ramai orang kata, Coldplay lagunya tak banyak unsur LGBT,tapi bila dia dah support, tak rasa kita perlu elakkan ke?,” kata Muiz Ismail.

“Kita rakyat mesti lawan habis habisan tidak akan membenarkan pesta pelangi tu, Allahuakbar bangkit bangsaku,” kata Mohd Sahri.

Sementara itu, ada juga yang mempertikaikan tindakan kerajaan yang seolah-olah menyokong fahaman dan budaya Barat.

Pengguna akaun Facebook, Anas Illejay Anuar berkata, tidak mustahil generasi muda pada masa hadapan akan tergolong dalam umat ideologi liberal.

“Kerajaan sekarang memang sangat-sangat menyokong ideology liberalism dan yang seangkatan dengannya.

“Dengan alasan mengikut aliran semasa dan meraih sokongan umum, dari segi perkembangan ekonomi dan tourism as a whole,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mengalukan-alukan kedatangan Coldplay ke Malaysia untuk menjayakan konsertnya pada 22 November.

Presiden BERJASA, Haji Zamani Ibrahim berkata, tindakan itu seolah-olah tidak seiring dengan makna pemahaman ‘Kerajaan Madani’ yang sepatutnya menjadi pemerintahan membina kemanusiaan dengan nilai akhlak mulia bagi sebuah negara.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button