Dunia

Penduduk Sudan rasa seperti tinggal di ‘bandar syaitan’

Rakyat terus trauma, pertempuran berdarah dan rompakan besar-besaran

KHARTOUM, 29 Syawal 1444H, Sabtu – Rompakan besar-besaran oleh orang awam dan kumpulan bersenjata menjadikan keadaan hidup lebih sengsara bagi penduduk Khartoum yang terperangkap dalam pertempuran sengit antara Angkatan Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).

“Kami kini tinggal di bandar syaitan. Orang ramai merompak segala-galanya dan pihak tentera mahupun RSF atau polis.

“Tada siapa pun daripada mereka mahu melindungi rakyat. Di manakah negeri itu?” kata Mohamed Saleh, 39, seorang guru sekolah rendah.

Kilang-kilang, termasuk kilang gandum milik DAL Group, konglomerat terbesar negara, telah dirompak di zon perindustrian utama Sudan, yang mengandungi pengeluar makanan dan perindustrian utama.

“Mereka mengacukan parang dan melambainya ke udara,” kata Qassim Mahmoud, Pengurus Besar bank.

Dia melihat keadaan itu ketika melarikan diri dari Khartoum ke Mesir, serta melihat orang ramai merompak guni gandum dan peralatan besar.

Walaupun RSF menguasai ibu negara di darat dan pihak tentera melakukan serangan udara yang kerap, saksi berkata, polis hilang begitu sahaja dari jalanan apabila pertempuran bermula di Khartoum pada 15 April.

“Tiada siapa yang melindungi kami. Tiada polis. Tiada negeri. Penjenayah menyerang rumah kami dan mengambil semua milik kami,” kata Sarah Abdelazim, 35, seorang kakitangan kerajaan.

Tentera Darat menuduh RSF merompak bank, pasar emas, rumah dan kenderaan namun RSF menafikan tuduhan itu dan mengeluarkan video yang menunjukkan anggotanya menangkap perompak.

Pasukan separa tentera mengatakan sesetengah orang memakai pakaian seragam RSF dan mencuri untuk membuat mereka kelihatan buruk.

RSF juga menafikan perkara itu, dakwaan beberapa saksi berkata, pihaknya mencuri kenderaan dan mendirikan khemah di rumah orang.

Sejak 15 April, pergelutan antara pihak tentera dan RSF terus berlangung tanpa henti dan mengakibatkan ribuan rakyat Sudan keluar dari negara mereka sendiri.

Ketua Angkatan Tentera Sudan, Abdel Fattah al-Burhan dan ketua RSF, Mohamed Hamdan Dagalo, telah berkongsi kuasa selepas rampasan kuasa pada 2021 yang disusuli pemberontakan 2019 menggulingkan Omar al-Bashir.

Amerika Syarikat dan Arab Saudi sedang menjadi pengantara rundingan di Jeddah bagi mencapai gencatan senjata yang berkekalan di negara tersebut. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button