Dunia

Ibu bapa ditangkap jual anak harga RM22 ribu di Mesir

Bayi dijual melalui media sosial, didakwa kes pemerdagangan manusia

KAHERAH, 4 Zulkaedah 1444H, Rabu – Sepasang suami isteri ditahan di Mesir selepas pasukan keselamatan mendapati mereka membuat tawaran menjual bayi perempuan, hanya beberapa hari selepas kelahiran.

Butiran kes menunjukkan bapa tersebut mencipta akaun di media sosial dan menawarkan bayi perempuannya dijual pada harga 150,000 pound Mesir (RM22 ribu).

Bagaimanapun pasukan perkhidmatan keselamatan berjaya menangkapnya sebaik sahaja dia bersetuju untuk berjumpa dengan pelanggan.

Kedua-dua suspek hadir ke Mahkamah Jenayah Kaherah di mana ibu kanak-kanak perempuan itu mendakwa bahawa dia tidak tahu bahawa suaminya telah merancang untuk menjual anak perempuan mereka.

“Saya tidak tahu suami jual anak. Saya fikir akan menyerahkannya kepada seseorang untuk dijaga, seperti rumah anak yatim, tetapi saya tidak tahu bahawa sesiapa yang mengambil kanak-kanak itu akan membayar kita,” katanya.

Badan kehakiman mendakwa ibu bapa itu dengan jenayah pemerdagangan manusia, yang boleh dihukum dengan kerja keras, dan denda tidak kurang daripada 50,000 pound Mesir (RM7 ribu) dan tidak lebih daripada 200,000 (RM29 ribu). -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button