Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

ISMA Johor Bahru kecam sekeras-kerasnya penganjuran parti seks liar

Malaysia perlu tegas boikot program maksiat, pertahan status sebagai negara Islam

BANGI, 4 Zulkaedah 1444H, Rabu – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Johor Bahru menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk penganjuran program yang menggalakkan orang ramai melakukan maksiat atau kegiatan tidak bermoral yang membawa keruntuhan akhlak.

Yang Dipertua ISMA Johor Bahru, Muzhaffar Mohd Zaki berkata, semua pihak seharusnya bekerjasama membanteras aktiviti maksiat dengan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Beliau juga menegaskan kepentingan mendidik anggota masyarakat termasuk ahli keluarga terhadap kesan negatif aktiviti atau program yang tidak bermoral.

Beliau berkata demikian susulan tular sebuah poster ‘Gang Bang JB Party’ yang dijadual diadakan di Johor Bahru pada 10 Jun bermula 4 petang hingga 9 malam.

Difahamkan, program tersebut dibuka kepada semua kaum namun peserta tidak dibenarkan mengambil gambar atau merakam sebarang video.

“Sebagai sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan, adalah tidak wajar program seumpama ini boleh dilaksanakan Malaysia mahupun di Johor walaupun hal-hal ehwal urusan agama sesebuah negeri ini adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ),” kafanya.

Beliau juga memetik dua ayat al-Quran yang menentang kemaksiatan dan membuat kebaikan di jalan Allah.

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik [al-Baqarah: 195].

“Jagalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka [Surah at-Tahrim: 6],” demikian petikan ayat al-Quran yang ditekankan oleh Muzhafar berkait isu ini.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menganjurkan sebarang program yang mendorong orang ramai melakukan maksiat dan kegiatan tidak bermoral.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mencegah dan menghalang kegiatan itu daripada berlaku di Johor.

Pada Disember tahun lepas, JAINJ berjaya menggagalkan penganjuran pesta buih di kolam renang sebuah hotel di bandar raya ini selepas menerima aduan orang awam selepas jemputan ke parti tertutup itu tular melalui media sosial.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button