Berita Utama

Kapal Tentera Laut China sertai LIMA’23

China berharap dapat meningkatkan persefahaman dengan tentera laut dari negara-negara lain

LANGKAWI, 4 Zulkaedah 1444H, Khamis – Kapal Zhanjiang Tentera Laut China tiba di perairan Langkawi pada Isnin untuk menyertai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA’23) edisi ke-16.

Zhanjiang, iaitu kapal pemusnah peluru berpandu model baharu yang dibangunkan oleh China, berlepas dari pelabuhan tentera di Zhanjiang, China pada 16 Mei dan belayar melalui Laut China Selatan, Selat Singapura dan Selat Melaka, sebelum tiba di Langkawi.

Ketibaan kapal itu kira-kira pukul 3 petang pada Isnin disambut oleh kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di perairan Langkawi.

Menurut kapten kapal Zhanjiang, Wei Qiang, pihaknya berharap penyertaan dalam LIMA’23 dapat memperkukuh interaksi serta meningkatkan persefahaman dengan tentera laut dari negara-negara lain dan menunjukkan imej baik tentera laut China. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button