Berita UtamaDunia

Turkiye terus bantu Palestin sektor kesihatan

Harap masyarakat antarabangsa bagi sokongan sosial

ANKARA, 5 Zulkaedah 1444H, Khamis – Turkiye memberi jaminan akan meneruskan bantuan kepada rakyat Palestin dalam sektor kesihatan, lapor agensi berita Anadolu.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Wakil Tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Serdar Ozkan ketika berucap pada draf perbincangan rang undang-undang mengenai kesihatan rakyat Palestin.

Katanya, Ankara akan membuat pelaburan secara langsung di Hospital Gaza dan Tubas dengan menawarkan bantuan dan juga latihan.

Selain itu, sokongan politik dan kewangan serta barangan kepada bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) turut disalurkan memandangkan Turkiye telah memperuntukkan AS$16 juta kepada Palestin sepanjang lima tahun lalu.

“Kami menambah juga AS$10 juta setiap tahun,” kata Ozkan.

Dalam pada itu, beliau juga menegaskan, Turkiye turut menjayakan bantuan kepada rakyat Palestin melalui Agensi Kerjasama dan Penyelarasan Turkiye (TIKA), Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) dan Bulan Sabit Merah.

Malah katanya, projek yang dikendalikan TIKA sejak tiga tahun lalu telah selesai dan berjaya menelan peruntukan sebanyak AS$10.5 juta.

Ozkan pada masa sama berharap peringkat global juga turut menyalurkan bantuan kepada agensi berkenaan.

“Masyarakat antarabangsa perlu meningkatkan bantuan kepada Palestin bagi menyokong keadaan ekonomi dan sosial rakyat, termasuk sistem kesihatan yang mampan,”katanya.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button