Empat terkorban selepas lelaki Jepun mengamuk
Suspek dipercayai tikam wanita dan anggota polis tanpa alasan

TOKYO, 6 Zulkaedah 1444H, Jumaat – Seorang lelaki ditahan polis selepas melakukan serangan luar biasa berikutan menikam dan menembak mati empat individu yang tidak dikenali, di wilayah Nagano, Tokyo.
Penyerang yang dikenali Masanori Aoki dipercayai anak kepada ahli politik Jepun itu, didakwa menikam seorang wanita tidak dikenali sebelum menembak dua anggota polis dengan senapang miliknya.
Kejadian serangan senjata api jarang berlaku di negara itu walaupun bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe terbunuh, Julai tahun lalu akibat serangan berkenaan.
Memetik agensi berita Kyodo, polis menerima laporan mengenai kejadian luar biasa itu kira-kira 4.25 petang Khamis mengenai tindakan lelaki menikam seorang wanita yang tidak dikenali.
Sementara itu, seorang saksi yang enggan mendedahkan nama memaklumkan, lelaki itu menyerang mangsa pertama menggunakan sebilah pisau.
Namun, sehingga kini motif serangan berkenaan belum dikenal pasti.
Suspek yang memakai seragam penyamaran bersama topi, cermin mata hitam dan topeng itu kemudian menembak mati dua anggota polis yang bertindak balas terhadapnya.
Bagaimanapun tidak jelas bagaimana suspek keempat yang dipercayai seorang wanita warga emas menjadi mangsa korban.
Suspek kemudian mengurung diri di kediamannya sebelum diberkas pasukan polis. – Agensi