Hubungan Israel-Lubnan tegang, berbalas serangan roket
Rejim haram Zionis tembak jatuh dron dari Lubnan

TEBING BARAT, 6 Zulkaedah 1444H, Jumaat – Rejim haram Israel menembak jatuh dron yang menyeberang dari Lubnan pada hari Khamis, kata pihak tentera dalam satu kenyataan, lapor Reuters.
“Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengenal pasti dan menjatuhkan dron yang melintasi dari wilayah Lubnan ke wilayah Israel menuju ke bandar Zar’it,” kata tentera.
Pihaknya tidak segera mengenal pasti ‘siapa’ yang menghantar dron itu dari Lubnan dan mengeluarkan gambar UAV yang terletak di dalam semak duri.
“IDF akan terus menghalang sebarang percubaan untuk melanggar kedaulatan Israel,” kata tentera.
Bulan lalu, rejim haram Israel berkata kumpulan bersenjata Lubnan, Hizbullah, adalah dalang di sebalik serangan bom di jalanan yang mencederakan seorang pemandu di utara Israel pada bulan Mac, dan pada masa lalu mengatakan ia menembak jatuh dron kumpulan itu.
Hizbullah yang disokong Iran dan Israel berperang selama sebulan pada 2006 dan telah berbalas tembak beberapa kali sejak itu, tetapi kedua-dua pihak mengelak konfrontasi berskala besar. -Agensi