Berita UtamaDunia

Pulihkan trauma, latihan bola sepak untuk mangsa gempa bumi Turkiye

Hasrat anjur pertandingan, cungkil bakat baharu dalam dunia bola sepak

ANKARA, 6 Zulkaedah 1444H, Jumaat – Jurulatih bola sepak – antara mangsa gempa bumi Turkiye-Syria – mengambil inisiatif menyediakan latihan sukan kepada anak-anak di penempatan sementara Teknokent, pusat bandar Malatya, tenggara Turkiye.

Jurulatih Perkhidmatan Belia dan Sukan, Savas Gunay memberitahu, dia ditempatkan di penempatan sementara tersebut sejak beberapa bulan lalu selepas kediamannya musnah teruk akibat gempa.

Katanya, dia sedaya upaya menggembirakan kanak-kanak yang menjadi mangsa gempa dengan aktiviti berfaedah termasuk memberi peluang menjalani latihan bola sepak.

“Kami membahagikan kanak-kanak dengan kumpulan dan mengajar teknik asas infrastruktur bola sepak.

“Selain latihan kami juga menghantar anak-anak ini menyertai pertandingan,” katanya.

Sementara itu, seorang jurulatih, Hakan Koc berkata, pihaknya berhasrat untuk menganjurkan pertandingan bola sepak untuk kanak-kanak berkenaan dengan melibatkan penyertaan pengurus bola sepak terkenal Turkiye, Fatih Terim.

Penganjuran pertandingan itu bukan sekadar memberi semangat kepada kanak-kanak tetapi memberikan pengalaman baharu kepada mereka.

Malah, melalui pertandingan berkenaan ia bukan sahaja mampu memberi terapi, tetapi boleh dijadikan platform untuk mencungkil bakat dalam dunia bola sepak Turkiye.

Sehingga kini lebih 50,00 penduduk terkorban dan lebih 107,200 cedera dalam gempa bumi yang melanda selatan Turkiye pada 6 Februari lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button