Dunia

Pertempuran masih berlanjutan di Sudan meski gencatan senjata

38 kemudahan kesihatan diserang sejak awal konflik: WHO

TORONTO, 7 Zulkaedah 1444H, Sabtu – Pertempuran dilaporkan berlanjutan di Sudan meskipun gencatan senjata jangka pendek diumumkan antara pihak yang bertelagah, kata seorang jurucakap PBB pada Jumaat.

“Maklumat terkini ialah masih terdapat beberapa siri pertempuran. Kami tidak memantau secara rasmi gencatan senjata itu,” kata Stephane Dujarric pada taklimat media seperti dilaporkan Agensi Anadolu.

AS dan rakan kongsinya terus membantu mereka yang hilang tempat tinggal akibat pertempuran, kata Dujarric, sambil memperincikan bantuan yang disampaikan oleh rakan kongsi kepada penduduk di kawasan itu.

Program Makanan Sedunia (WFP) PBB telah menghantar bantuan makanan kepada lebih 600,000 orang di Sudan, manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan bahawa 38 kemudahan kesihatan telah diserang sejak awal konflik.

Selain itu, di tiga negeri di wilayah Darfur -Utara, Selatan dan Timur -WFP telah mencecah kira-kira 180,000 orang.

WFP juga merancang untuk memulakan pengedaran di tengah Darfur dalam beberapa hari akan datang, kata Dujarric.

Pada 15 April, pertempuran meletus antara tentera Sudan dan Rapid Support Forces (RSF) di ibu negara Khartoum dan sekitarnya. Lebih 600 orang telah terbunuh dan beribu-ribu cedera.

Angkatan Tentera Sudan dan kumpulan separa tentera RSF minggu lalu bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata tujuh hari.-  Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button