Dunia

Palestin tak gentar serangan jahat Zionis, lawan habis-habisan

Penceroboh Yahudi serang penduduk di bawah lindungan Israel

TEBING BARAT, 8 Zulkaedah 1444H, Ahad – Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengisytiharkan bahawa serangan biadab penceroboh haram Yahudi Israel tidak akan menakutkan rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan, pemimpin kanan Hamas, Abdul-Hakim Hanini mengutuk penutupan berterusan Israel ke atas perkampungan Palestin Al-Mugheir di timur bandar Ramallah, Tebing Barat.

Dia juga mengecam keganasan penceroboh Israel, yang dilindungi oleh tentera Zionis, terhadap rakyat Palestin di kampung Al-Mugheir, timur Ramallah, dan Turmus Ayya di utara Ramallah.

“Serangan sedemikian tidak akan mematahkan kehendak rakyat Palestin, dan selamanya tidak akan dapat dipatahkan.

“Rakyat Palestin akan terus berdepan dengan peneroka dan pencerobohan haram mereka,” tegas Hanini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sehari selepas serangan peneroka ke atas kampung Burqa di barat bandar Nablus.

Pada petang Jumaat, peneroka pelampau Israel membakar kenderaan dan tanaman Palestin di Al-Mugheir dan Turmus Ayya.

Perlu diingat bahawa perkampungan Al-Mugheir telah ditutup dengan ketat oleh Israel selama 15 hari berturut-turut. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button