Berita Utama

KPM nafi arah anjur tayangan filem ‘Anwar: The Untold Story’

Orang ramai diminta semak kesahihan, jangan sebar maklumat tak pasti

BANGI, 9 Zulkaedah 1444H, Isnin – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan pihaknya mengeluarkan arahan berhubung penganjuran tayangan filem ‘Anwar: The Untold Story’ seperti ditularkan di media sosial, baru-baru ini.

KPM menegaskan, arahan kepada semua Ketua Bahagian dan Pengarah Pendidikan Negeri seperti yang tular di media sosial adalah palsu.

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan penganjuran tayangan filem seperti yang ditularkan.

“Semak kesahihan maklumat, tidak pasti jangan kongsi,” katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook, pada Isnin.

Surat palsu bertarikh 22 Mei itu menyebut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek meminta semua Ketua Bahagian dan Pengarah Jabatan Negeri, termasuk Pengetua dan Guru Besar menayangkan filem biopik itu.

Surat yang kononnya ditandatangani Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Pharuddin Ghazali turut menyatakan, penganjuran program itu untuk membuka ruang bagi KPM dan murid memahami erti dan konsep Malaysia Madani.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button