Berita Utama

PRN: Agihan kerusi PH di Selangor 83 peratus selesai

Setuju tampil muka baharu, berganding dengan calon lama

BANGI, 11 Zulkaedah 1444H, Rabu – Perbincangan berhubung pembahagian kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan parti komponen Pakatan Harapan (PH) di Selangor sudah mencapai lebih 80 peratus.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, perbincangan berjalan lancar dan telah berlaku beberapa kali di peringkat Persekutuan serta Selangor.

“Perkembangan amat baik, kesemua pihak bersetuju cuma belum mendapat kelulusan dari pihak (pimpinan) tertinggi.

“Saya boleh katakan di Selangor 83 peratus selesai (pengagihan kerusi), jadi menjelang Jun semasa pembubaran nanti, kita sudah selesai isu pengagihan,” katanya seperti dilapor media tempatan.

Amirudin memaklumkan, setakat hari ini, PH bersetuju untuk menampilkan muka baharu dan berganding dengan calon lama pada PRN akan datang.

Katanya, kata putus berhubung pencalonan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat oleh presiden parti atau jawatankuasa parti masing-masing.

“Setakat perjanjian, (parti) yang dah menang (kerusi) itu kita akan kekalkan. Sebagaimana saya sebut, kita akan gabungkan muka baru dan yang lama dan kita akan bincang dengan rakan kongsi,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button