Berita UtamaDunia

Erdogan ikrar selesaikan visa EU secepat mungkin

Rakyat Turkiye sukar mohon visa selain tunggu berbulan-bulan dapat kelulusan

ANKARA,12 Zulkaedah 1444H, Khamis – Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan berikrar untuk menyelesaikan ‘masalah’ rakyatnya untuk mendapatkan visa ke negara Kesatuan Eropah (EU).

Ketika berucap dalam Perhimpunan Agung Kesatuan Komoditi Turkiye ke-79 di Ankara semalam, beliau menyifatkan kesukaran dihadapi mereka sebagai pemerasan politik.

“Kami akan selesaikan masalah visa yang dilihat sebagai pemerasan politik ini secepat mungkin,” katanya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Turkiye berdepan kesukaran yang ketara untuk memohon visa EU dengan permohonan yang ketat selain perlu menunggu selama berbulan-bulan bagi mendapat tarikh janji temu bagi kelulusan.

Hakikat, Turkiye menyediakan akses yang lebih mudah kepada rakyat di negara-negara EU untuk memasuki negara dengan mengecualikan permohonan visa sejak 2020.

Namun, EU tetap mengekalkan kaedahnya dengan mengekalkan penelitian ketat terhadap permohonan visa daripada rakyat Turkiye.

Meskipun EU tidak mengakui diskrimasi berkenaan, ramai yang percaya perkara berkenaan dilakukan sebagai hukuman atau pengaruh yang memaksa Turkiye memperbaharui inisiatif polisi dalam dan luar negara. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button