Dunia

Israel ambil 10,000 buruh India ganti pekerja Palestin

Tenaga kerja rakyat Palestin dipinggirkan meski banyak sumbangan pada sektor pembinaan

TEL AVIV, 12 Zulkaedah 1444H, Khamis – Negara haram Israel mengimport 10,000 pekerja dari India dan tidak lagi menggunakan tenaga kerja rakyat Palestin.

Kerajaan India menandatangani perjanjian dengan Israel untuk membawa 10,000 pekerjanya ke negara itu, separuh daripada pekerja tersebut untuk sektor pembinaan, manakala separuh lagi untuk peranan kejururawatan.

Ketibaan pekerja ini akan dibentangkan, dengan 2,500 pembinaan dan pekerja kejururawatan dengan jumlah sama akan dibayar pada tahun pertama, lapor Walla.

Pihak Berkuasa Penduduk dan Imigresen Israel menyatakan bahawa pekerja yang datang dari India adalah rajin, berpengalaman dan fasih berbahasa Inggeris, serta dijangka dapat memenuhi permintaan buruh yang semakin meningkat di Israel, khususnya dalam bidang kejururawatan dan pembinaan.

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencapai persetujuan ini, satu misi melibatkan pelbagai kementerian melawat India pada Mac lalu untuk mengusahakan pelan tindakan bagi menggaji pekerja dalam sektor kejururawatan dan pembinaan.

Delegasi tersebut melawat pusat latihan dan menyatakan rasa kagum dengan latihan yang diberikan kepada pekerja sebelum ketibaan mereka.

Berikutan penggubalan perjanjian oleh pakar dari kedua-dua pihak, fasa terakhir adalah untuk meratifikasi perjanjian oleh kerajaan.

Jurucakap Kementerian Penduduk dan Imigresen menyatakan perjanjian itu akan diluluskan tidak lama lagi, dan akan mula menyediakan mekanisme yang diperlukan untuk mengambil pekerja mahir dengan cara yang betul dan terkawal.

Sementara itu, pekerja Palestin memberikan sumbangan penting kepada sektor pembinaan di pasaran Israel namun disebabkan insiden keselamatan, peningkatan ketenteraan, dan ketiadaan penyelesaian politik menjadikan pergantungan kepada pekerja dari India, lapor laman web Ibrani.

Berdasarkan laman web Worker’s Voice, bilangan pekerja Palestin di Israel semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, khususnya dalam industri pembinaan, majikan terbesar pekerja Palestin di Israel.

Sehingga pertengahan 2020, lebih 80,000 pekerja tetap telah diambil bekerja di Israel dan kira-kira 60,000 dalam industri pembinaan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button