558 tahanan Palestin ‘dikurung’ seumur hidup di penjara Israel
Banduan paling lama jalani hukuman sejak tahun 1986

TEBING BARAT, 13 Zulkaedah 1444H, Jumaat – Jumlah banduan Palestin yang berdepan hukuman penjara seumur hidup di Israel meningkat kepada 558 orang, termasuk 42 dari Baitulmaqdis yang diduduki.
Kelab Tahanan Palestin (PPC) berkata, banduan paling lama di penjara Israel berasal dari Baitulmaqdis – Samir Abu Nimah – yang menjalani hukuman sejak tahun 1986.
Sementara, Abdullah Al-Barghouti dari Ramallah sedang menjalani hukuman paling lama – dipenjara hingga 67 tahun seumur hidup.
Baru-baru ini, mahkamah tentera Israel menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas Yousef Asi dan Yahya Merei dari Salfit, dengan tempoh tambahan 30 tahun dan denda RM1.8 juta.
Asi dan Merei dituduh membunuh seorang peneroka ekstrem dari penempatan haram Ariel di Tebing Barat yang diduduki, sekali gus melanggar undang-undang antarabangsa.
Pada 26 Julai 2022, pendudukan haram Israel merobohkan rumah dua banduan di bandar Qarawat Beni Hassan. -Agensi