Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Artikel KhasBerita Utama

Bangunkan kembali wilayah Nusantara dengan peradaban Melayu

Jalinkan hubungan sesama pimpinan umat Islam di rantau Asia Tenggara

SAYA tidak berhasrat untuk berundur ke belakang, bahkan ingin mengajak semua umat Islam dan orang Melayu di negara Malaysia tercinta untuk berfikir sejenak tentang masa depan umat Islam di Asia Tenggara.

Sampai masanya untuk kita berfikir, merancang dan bekerja secara serius untuk membangunkan kembali wilayah Nusantara ini dengan peradaban Melayu dan Islam sebagaimana yang pernah dilalui oleh generasi silam, bahkan lebih jauh daripada itu.

Mungkin ada yang beranggapan bahawa ini adalah kerja gila atau mimpi yang mustahil untuk dicapai.

Bersama rakan-rakan kami telah pertautkan hubungan sesama pimpinan umat Islam di rantau Asia Tenggara bermula dengan Pattani, Mindanao, Kemboja dan Acheh.

Jaringan strategik ini akan dikembangkan ke Singapura, Brunei, Riau dan ke ibu kota Indonesia yang baharu kelak.

Ia akan mengambil masa yang panjang, tetapi kejayaan untuk membangunkan kegemilangan umat di Nusantara ini akan menjadi realiti suatu ketika nanti.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Ikhlas

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button